
Sekarang semua benda nak letak Cheese. Pisang Cheese, Apam Cheese, air pun cheese. Kami pun taknak ketinggalan. Semperit kami fusion jadi Semperit Cheese.
Kalau di Renocookies, Semperit Cheese memang favourite ramai. Buka satu balang, habis satu balang. Mmm dapnyee..tau tau abes! Dari budak-budak sampailah orang dewasa, semua pasti suka kerangupan semperit yang cair di mulut ni.
Jom buat semperit cheese resepi daripada Mazriha Radzi di laman Facebook.
Tapi kalau rasa malas, cari je ejen-ejen Renocookies berdekatan anda! 🙂
Resepi Semperit Cheese
Bahan-bahan :
- 250 g susu pekat manis.
- 250 g butter, lembut tapi jangan terlalu lembik.
- 500 g @ 540 g tepung jagung.
- 2 sudu makan tepung gandum.
- 3 sudu besar adunan keju (resepi di bawah).
- Adunan Keju :
- 125 g cream cheese dibiar lembut suhu bilik.
- 2 sudu besar susu pekat.
- ¼ cawan susu cair.
Cara-cara :
- Pukul sebati susu pekat manis, butter dan adunan keju. Tidak perlu pukul sampai kembang atau putih gebu. Pukul guna senduk saja.
- Masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit, sambil digaul sebati. Jika anda suka biskut yang lembab-lembab teksturnya, guna hanya 500 g tepung jagung. Jika anda suka tekstur biskut yang rangup tapi tetap cair dimulut, masukkan 540 g tepung jagung.
- Picitkan atas dulang yang dialas baking paper/oles dengan mentega.
- Tekankan ceri merah@coklat chips@ kismis di atasnya (kalau kismis kena potong 4, ia mengembang 2x ketika dibakar).
- Bakar dalam oven yang dipanaskan terlebih dahulu, 170°C selama 12-15 minit atau hingga bawah/tepi biskut nampak mulai keperangan.
- Sejukkan dan simpan didalam bekas kedap udara.
Tip: Untuk biskut, tidak perlu dipukul sampai kembang seperti membuat kek, kecuali ia dinyatakan dalam resepi. Ini kerana apabila butter dan gula@susu pekat manis dipukul hingga kembang/gebu, ia akan masukkan udara ke dalam adunan. Apabila adunan ini dibakar, udara dalam adunan akan mengembang dan ini akan menyebabkan biskut turut mengembang.