CUP CAKE VERSI AMATEUR

Assalamualaikum semua kepada pembaca blog RenoCookies. Harap semua dalam keadaan sihat. Seperti tajuknya, admin pasti tak semua orang mahir membuat bakeri kerana kesibukan korang semua untuk Work From Home (WFH). Sempena dengan musim PKP ini, RenoCookies akan ajar cara membuat cup cake dengan mudah.

Bahan-bahan :

  • 2 biji telur gred B
  • 2 cwn gula castor
  • 1 cwn serbuk koko
  • 1 cwn minyak
  • 1 cwn susu cair / susu segar / susu full cream
  • ½ sudu teh garam
  • 2 cwn tepung gandum
  • 2 sudu teh soda bikarbonat
  • 2 sudu teh baking powder
  • 1 cwn air panas

Cara-cara :

1. Putar semua bahan mengikut urutan dari atas sehingga sebati.

2. Masukkan pada acuan cupcake. Panaskan oven 170°C selama 10 minit. Masukkan adunan ke dalam oven dan masak selama 40 minit atau sehingga masak. Guna api atas bawah. Kalau kukus selama 30-35 minit saja. Lagi moist daripada dibakar.

Resepi Topping Coklat (Coklat Ganache)

  • 300g coklat compound/coklat coin berly’s
  • 200g whipping cream (UHT pun boleh, non diary pun boleh)
  • 1 sudu besar butter (untuk efek nampak berkilat)

Cara-cara :

1. Dengan cara double boil, panaskan whipping cream sehingga agak panas tapi jangan sampai mendidih ya. Api perlahan sahaja.

2. Kemudian masukkan coklat dan gaul sebati. Kalau guna coklat compound, potong-potong dulu supaya cepat dan mudah cair.

3. Bila sudah sebati dan tak ada ketulan, tutup api dah alihkan mangkuk coklat dari periuk berisi air tadi. Masukkan butter pada campuran coklat tadi dan gaul sebati.

4. Biarkan sejuk dan coklat agak kental, barulah pipekan mengikut bentuk yang digemari.

Selamat mencuba.

Sumber: saji.my

Published by Reno Cookies

" mm..dapnyeee..tau tau habes! "

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: