CARA MENGHASILKAN BISKUT YANG RANGUP

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Setelah negara kita dilanda penyakit Covid 19, marilah kita bersama #StayAtHome. Renocookies mendoakan untuk kesihatan rakyat Malaysia dalam keadaan sihat sejahtera dan semoga diberikan kekuatan untuk menangani perang Covid 19. Hari ini, RenoCookies nak share tips untuk menghasilkan kuih raya yang rangup dan juga kekal sedap seperti baru sahaja dibakar di dalam ketuhar. Antara caranya adalah:

1.MENTEGA

Gunakan mentega tulin seperti Tatura butter,Scs butter,Anchor butter dan jenama yang tertulis Pure butter atau lepa susu sprt Buttercup. Jika menggunakan marjerin biskut akan menghasilkan rasa masin. Biskut juga akan kurang enak. Selain itu biskut akan cepat berbau tengik ataupun bau kurang sedap. Sewaktu memutar butter jangan terlalu lama. Ia akan berminyak dan adunan biskut menjadi lembik. Biskut juga tidak menjadi ranggup.

2.KEKACANG

Biskut yang menggunkan kekacang seperti almond, hazelnut, gajus dan kacang tanah mestilah dibakar terlebih dahulu. Caranya ialah goreng kekacang tanpa menggunakan minyak. Cara ini biskut lebih ranggup dan tahan lebih tama. Bagi kekacang seperti walnut,pecan,pistachio dan macadamia tak perlu dubakar kerana kekacang jenis ini agak berminyak bila dibakar. Ia boleh terus dicampurkan ke dalam adunan biskut. Bakar guna oven adalah lagi mudah iaitu rata kekacang dalam loyang dan bakar 10 minit 180’c mengikut ikut oven masing-masing.

3.MENGGAUL DAN MENGULI ADUNAN

Image result for rolling dough aesthetic

Untuk mendapat hasil yang biarkan mentega dan telur pada suhu bilik. Jangan putar mentega dan gula berlebihan. Cukup hingga berkrim sahaja sehingga mentega bertukar warna lebih cerah. Jika terlebih putar akan menyebabkan adunan menjadi lembut. Ia akan menyebabkan biskut mengembang bila dibakar.

4.MEREHATKAN ADUNAN

Image result for rest dough aesthetic

Apabila adunan sudah siap menjadi doh, balut dengan plastic wrap terlebih dahulu. Kemudian simpan dalam peti sejuk selama 3 – 4jam. Cara ini akan menjadikan biskut menjadi lebih ranggup seperti cookies dan shortbread cookies. Selepas dikeluarkan dari peti sejuk doh akan menjadi agak keras sedikit. Jika ia terjadi, jangan risau uli sahaja doh tadi. Tapi kalau buat biskut biasa tak perlu simpan dalam peti sejuk. Terus tekap dengan acuan dan bakar.

5.BAHAN TAMBAHAN MERANGGUPKAN BISKUT

Tepung jagung, tepung kastard, tepung ubi dan tepung kentang juga memainkan peranan dalam meranggupkan biskut. Dalam sukatannya pula selalunya tepung gandum akan lebih banyak dan tepung tambahan sedikit sahaja. Selain itu serbuk emplex, gula pasir, serbuk badam dan shortening juga berfungsi meranggupkan biskut.

Bagi adunan yang menggunakan bijirin seperti oat,nestum,cornflakes dan gandum adunannya mestilah lembut, kerana bijirin ini akan menyerap lelemak dan akan mengeras setelah direhatkan. Tambah tepung pada papan pencanai juga boleh menjadikan adunan bijirin menjadi keras.

7.ADUNAN YANG MENGGUNAKAN NOZZLE

Adunannya mestilah lembut dan senang dipicit. Gunakan piping bag yang tebal. Gunakan nozzle yang sesuai iaitu memudahkan adunan keluar bila di picit. Hanya adunan plain dan lembut,tidak bercampur dengan kekacang,raisin dan bijirin kerana ia akan menyebabkan susah untuk di picit dan keluar dari nozzle.

 8.LOYANG PEMBAKAR

Guna loyang pembakar yang tepinya rendah, kerana ia memudahkan aliran haba dari oven pada biskut. Menjadikan biskut mudah masak dan sekata masaknya. Alas tengak loyang dengan kertas minyak baru letak biskut. Selain alas dengan kertas minyak, griskan dengan sedikit mentega pun boleh juga. Jangan terlalu banyak menyapu butter pada loyang,ia akan menyebabkan biskut jadi berminyak dan lembab.

sumber: alaf21.com.my

Published by Reno Cookies

" mm..dapnyeee..tau tau habes! "

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: