Biskut cornfalakes antara kegemaran anak2 kerana rasanya yang crunchy. Selain itu kuih ni juga antara kuih yang boleh tahan lama, bau aromanya yang sedap dan berlemak boleh buat orang terliur. Jom kita ikut resipi daripada Rohani Md. Isa ni.
- 3/4 cawan gula kastor
- 200 g butter
- 1 biji kuning telur
- 1 3/4 cawan tepung gandum
- 1/4 cawan tepung jagung
- 2 cawan cornflake – ramas kasar
- 1/2 sdt baking powder
Langkah
- Pukul telur dan butter hingga kembang. Masuk kuning telur.
- Campur tepung gandum dan tepung jagung. Gaul sebati.
- Masuk cornflake dan baking powder. Gaul lagi.
- Panas oven 170 darjah selama 10 minit.
- Sapu loyang dengan mentega.
- Sudu adunan.
- Bakar selama 20 minit dengan api atas bawah.