Sesetengah daripada anda, pasti gemarkan kuih atau biskut raya yang dibuat sendiri menggunakan resipi turun-temurun keluarga. Teringin juga tunjuk skill membuat kuih atau biskut raya dan dijamu buat tetamu yang berkunjung pada pagi Raya nanti. Tetapi sudah cukupkah peralatan untuk membuat kuih atau biskut raya? Perlu ditukarkah peralatan yang sudah lama? Nah, disini anda perlu menyediakan satu ‘checklist’ lengkap untuk memastikan barangan membuat kuih raya anda sudah lengkap sebelum memulakan kerja mengadun atau menguli tepung nanti.
Disamping busana indah berwarna-warni dan hidangan ketupat rendang, perkara wajib perlu ada di Hari Raya adalah kuih dan biskut raya yang ingin dihidangkan. Masih buntu memilih produk bersesuaian untuk membuat biskut raya anda? Ikuti list ini untuk info lebih lanjut dan miliki peralatan-peralatan ini untuk memudahkan tugas anda. Jom kita lihat artikel daripada Lina Salim ni.
Ketuhar

Barangan paling utama untuk menyediakan aneka kuih dan biskut, sudah tentu anda memerlukan sebuah oven yang dapat berfungsi dengan baik. Peralatan ini memiliki ciri tetapan masa serta kawalan suhu di bahagian atas dan bawah oven.
- Alat Pengadun Tepung (Mixer)
Alat pengadun tepung juga penting untuk menyediakan aneka kuih dan biskut raya. Stand mixer Russell Taylors ini menggunakan motor berkuasa 1000w serta memiliki struktur yang kukuh dengan ciri getah dibahagian bawah untuk mengelakkan bekas pengadun tergelincir.
- Dulang Pembakar

Tidak lengkap peralatan membuat kuih raya jika anda tidak memiliki sebuah dulang pembakar. Dengan ukuran 32.2cm x 19.7cm x 2cm dan dihasilkan dari material tidak mudah melekat (non-stick), dulang pembakar ini ringan dan mudah untuk diangkat. Productnation
- Pencanai Tepung (Rolling Pin)

Ciri istimewa yang ada pada pencanai tepung (rolling pin) ini ialah pemegangnya diperbuat dengan reka bentuk ergonomik agar memudahkan anda untuk memegangnya tanpa membuatkan lengan terasa sakit. Rolling pin ini sangat tahan lasak dan diperbuat daripada material berkualiti tinggi.
- Alat Penimbang

Resipi kuih raya yang anda mahu cuba sudah pasti menggunakan ukuran gram atau kilogram, jadi sudah tentu anda memerlukan sebuah alat penimbang. Alat penimbang digital ini memiliki kapasiti maksimum 3.0-kilogram dan dapat memberikan ukuran yang tepat.
- Sudu Penyukat

Seperti alat penimbang, sudu penyukat juga penting untuk proses penyediaan bahan-bahan kuih raya agar mendapat ukuran tepat mengikut resipi. Sudu penyukat ini dihasilkan dari material keluli tahan karat yang mampu bertahan lebih lama.
- Cooking Brush

Berus masakan dengan hujung silikon ini pasti melengkapi peralatan membuat kuih dan biskut raya anda. Ia memiliki ciri tahan haba serta lembut dan mudah digunakan. Alatan ini bersaiz kecil dan mudah untuk disimpan.