Setiap kali musim perayaan, Tart Nenas memang menjadi hot selling cookies para peniaga biskut. Ramai yang menggemari rasa manis dan masamnya. Biskutnya yang gebu juga cair di mulut. Tak perasan masuk mulut satu persatu.
Jom kita cuba buat sendiri Tart Nenas mengikut resipi perkongsian Azie Kitchen ini. Uli-uli terus jadi!
Bahan-bahan:
- 250 gm mentega
- 300 gm tepung gandum
- 50 gm gula kaster
- 40 gm tepung jagung
- 1 sudu kecil esen vanilla
- Sedikit kuning telur + sedikit air + pewarna kuning – sapuan
Cara-cara membuat:
- Satukan semua bahan dan uli dengan menggunakan tangan sahaja.
- Masukkan dalam acuan dan picit. Letakkan inti dan gulung.
- Sapukan sedikit kuning telur. Susun dalam loyang dan bakar pada suhu 170C selama 25 minit.
- Susun atas redai dan bila sejuk bolehlah disimpan dalam bekas kedap udara.